KENAPA
HOMEOPATHY? Selama ini, kita biasa mendengar
perkataan-perkataan ubat , racun, dadah dan penawar. Begitu juga dengan cara-cara pengubatan (practice of medicine) yang berbagai
cara dan rupa. Sangatlah perlu bagi kita untuk mengetahui dengan terperinci pengkelasan tatabahasa ini untuk kefahaman.
Racun bererti bahan asal
iaitu zat-zat yang paling mudah diambil atau digunakan tanpa diproses (raw material) samada bahan itu terdiri daripada bahan
organic atau bukan organic, begitu juga bahan tulin atau synthetic. Apabila ia digunakan sewaktu badan dalam keadaan normal
akan menjadikan badan penggunanya menjadi tidak sihat atau mendapat penyakit akibatnya.
Sebaliknya jika ianya
digunakan dalam sukatan-sukatan tertentu sewaktu benar-benar sakit, ia dapat memulihkan atau mengembalikan kesihatan semula.Ubat
digunakan sewaktu dalam keadaan sakit sahaja. Ia mungkin dalam bentuk bahan asli atau berupa percampuran bahan asal dan bahan-bahan
lain seperti gula (lactose) dan sebagainya.
Sementara penawar pula
adalah bebas dari sebarang racun dan tidak ada punca-punca yang menyebabkan akan terganggu kesihatan hasil pengambilannya.
Ubat-ubat Homeopathy terdiri dari jenis ini. Oleh itu penawar Homeopathy dijamin bersih serta selamat. Kekuatan keupayaan
tenaga penawar ini adalah dijamin kerana pembuatnya menurut proses potensi. Disamping itu melalui proses ini kuasa racun atau
dadah dan bahan kimia langsung tidak ada dan dihilangkan. Atas factor inilah ubat-ubat Homeopathy layak dipanggil penawar
bukan ubat.
Perubatan biasa dihospital
yang dipanggil Allopathy, walaupun menggunakan racun-racun atau dadah dalam sukatan tertentu tetapi sifat semulajadi racun
itu masih ada dan tetap bertindak dalam tenaga negative. Walaupun sedikit digunakan, ia tetap bertindak sebagai racun yang
akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan secara berterusan. Pengubatan secara Homeopathy adalah satu cara rawatan untuk
menghilangkan atau menyembuhkan penyakit sebenar-benarnya dengan keahlian yang tersendiri.
Oleh itu Homeopathy lahir
bukan sahaja sebagai satu seni penyembuh yang saintifik tetapi juga ia merupakan satu seni penyembuhan.
Pada kesimpulannya, kita
begitu agak beruntung kerana hidup di dalam dunia kemajuan yang begitu peast. Manusia di sana sini berlumba-lumba mengejar kejayaan, di samping banyak teknologi-teknologi baru tercipta. Begitu
juga halnya dengan dunia perubatan. Sistem rawatan lebih bertambah maju dan ubat-ubat dapat diproses dengan cepat. Kebimbangan
yang melanda kerana ubat-ubat yang dicipta dalam perubatan Allopathy (Perubatan biasa) ini kedapatan bahayanya lebih banyak
jika dibandingkan dengan kebaikkan yang diperolehi.
Dapatkah kita mempelajari
dimana silapnya? Sehingga sesetengah pihak sahaja yang mendapat keuntungan yang maksima dari tindakan ini. Tentunya kita dapat
meneka jawapannya iaitu pengeluar ubat dan para penjual ubat.
Sudah tentulah
para pengguna menjadi mangsanya…
Akal yang sihat berada
di tubuh yang sihat. Kesejahteraan dan kesihatan yang baik sangat diingini oleh setiap umat manusia, dalam menempuh hidup
bahagia dunia dan akhirat. Segala-galanya akan hancur apabila kesihatan hilang, disusuli pula dengan sakit yang menimpa badan.
Penggunaan ubat secara
Homeopathy dengan dos yang paling sedikit tetapi sebaliknya mempunyai kuasa aksi yang besar. Ia dapat menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit yang sudah lama ataupun baru dengan syarat gejala-gejala penyakit itu sesuai dan menunjukkan isyarat-isyarat
yang boleh dirawat. Memandangkan perubatan Homeopathy ini boleh mengubati pesakit dengan penuh kecermelangan hasil dari kejayaan-kejayaan
dan pengalaman yang lalu, maka tidak hairanlah ia cepat berkembang dengan luasnya dari tempat asalnya Jerman ke England, USA,
Perancis, Australia, Itali, Pakistan, India dan mula bertapak dinegara-negara Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia.
Malaysia baru sahaja mula mengamalkan sistem perubatan ini.Walau bagaimana pun hanya sebilangan kecil
sahaja yang mengetahui khasiatnya.
UBAT HOMEOPATHY BEBAS DARI BAHAN KIMIA DAN DADAH SERTA SELAMAT DIGUNAKAN TANPA KESAN SAMPINGAN.