
|
Dr. Samuel Hahnemann |
APAKAH PERUBATAN HOMEOPATHY?
Motoo atau cogankata
Perubatan Homeopathy adalah ‘Serupa Dengan Serupa Menyembuhkan’. Dalam
bahasa Inggeris ‘Likes Cure By Likes’, sementara dalam bahasa latin
pula ialah ‘Similia Similibus Curentur’.
Homeopathy ialah
kaedah rawatan dan perubatan moden untuk semua jenis penyakit. Kaedah perubatan alternatif/komplementari ini ditemui
dan diasaskan oleh seorang pakar perubatan dari Jerman iaitu Professor Dr. Samuel
Hahnemann pada tahun 1810. Beliau menjumpai dan mengasaskan system perubatan ini yang dinamakan ‘Undang-Undang
Seraksi’ ( The Law Of Similar). Beliau dilahirkan di Meissen Saxony dekat Dresden, Jerman pada 10.4.1755. Beliau merupakan seorang yang mempunyai cirri-ciri yang istimewa dan
begitu luarbiasa sebagai seorang yang cergas, pintar, mempunyai peribadi yang mulia, berpengetahuan yang tinggi dan berpengalaman
luas.
Nama Homeopathy adalah
berasal dari bahasa Greek: ‘Omios’ bererti serupa dan ‘Pathos’ bererti penyakit. Oleh itu beliau menamakan ‘Ubat
serupa dengan penyakit’ atau berubat dengan cara beraksi atau dengan kata lain berubat dengan ubat yang berkhasiat
serupa dengan penyakit yang dihidapi.
Sistem perubatan Homeopathy
berlandaskan hukum alam semulajadi. Kaedah penyembuhan penyakit adalah dengan memberi penawar kepada pesakit bagi menggerakkan
daya tahan badan untuk melawan penyakit itu sendiri. Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan
yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna.
Penawar Homeopathy mempunyai
skop yang cukup luas untuk rawatan kepada pesakit dan adalah jauh lebih selamat dari panadol,
antihistamine, antibiotik dan dadah. Amatlah perlu bagi kita mencari
alternatif yang selamat dan berkesan untuk merawat masaalah kesihatan. Perubatan Homeopathy merupakan satu alternatif bagi
menyembuhkan pesakit. Homeopathy memandang penyakit dan simptom sebagai suatu yang dinamik. Dengan itu Homeopathy sebenarnya
mengubat pesakit dan bukannya penyakit itu sendiri.
Penawar Homeopathy digunakan untuk menguatkan tenaga hayat supaya dapat melawan penyakit.
Dalam sistem perubatan Homeopathy, tumpuan diberi kepada pengembalian keseimbangan vital
force dan mengembalikannya kepada kekuatan
yang optimum. Homeopathy menjangkau
jauh sehingga kepada alam
rohaniah organisme di dalam rawatan sebarang keadaan sakit atau penyakit.
Perkara yang paling indah, Homeopathy memberikan
kebebasan pemikiran dan pendekatan didalam mengecam undang-undang semulajadi. Homeopathy merupakan satu pendekatan yang relevan
terutama dalam era teknologi moden. Sistem perubatan Homeopathy diiktiraf sebagai salah satu kaedah perubatan moden di seluruh
dunia dan mempunyai kedudukan yang sama dengan perubatan lain seperti Allopathy, Aromatherapy
dan Physiotherapy (yang diamalkan di hospital-hospital di negara kita hari ini).
Antara Senarai Orang-Orang Ternama Menggunakan Ubat-Ubat Homeopathy;
King George, Queen Victoria, Ratu England, Queen Elizabeth
11, Prince Charles , Mahathma Gandhi, Tina Turner, Sir Yehudi Menuhin, Dizzy Gillespie, Elizabeth Taylor, Count Badetzky,
Bismark, Presiden Ayub Khan, Barbara Cartland, Mark Twin, Susan Hampshire, Princess Diana, Robbie William dan ramai
lagi.

SEJARAH
PENGASAS PERUBATAN HOMEOPATHY DI MALAYSIA Prof. Dr.
Burhanuddin Helmy ( 1911 - 1169 )
Prof. Dr. Burhanuddin
Bin Mohamad Noor ( M.D.H. Phd ) atau lebih dikenali sebagai Dr. Burhanuddin Helmi merupakan tokoh ulung yang dianggap sebagai
pengasas Perubatan Homeopathy. Di lahirkan pada 29 Ogos 1911, di Kampung Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak. Berasal dari
keturunan bangsawan iaitu bapanya dari Jambu, Sumatera dan dikatakan seorang ahli sufi. Manakala ibunya, Syarifah Zahrah berasal
dari keluarga ternama. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Behrang, Ulu Perak dan berpindah ke Sekolah Melayu Sungai
Bakap sehingga darjah 3.
Ketika ini beliau
telah berjinak dengan dunia penulisan. Pada 1924 beliau telah di hantar oleh keluarganya ke Sungai Jambu Sumatera untuk mendalami
ilmu agama selama 2 tahun. Pada 1927 beliau menyambung pengajian di sebuah pondok di Jitra , Kedah dan seterusnya di Madrasah
Al-Mashor Al-Islamiyyah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dengan ketekunannya beliau dapat menguasai bahasa arab dengan baik.
Pada tahun 1928
beliau melanjutkan pelajaran ke Ismaeliah Medical Collage, New Delhi dalam bidang perubatan Homeopathy dan berjaya memperolehi
ijazah. Di sini beliau dapat menguasai bahasa Inggeris, Jerman, Belanda dan Perancis. Setelah pulang ke tanah air, beliau
mengembangkan ilmu perubatan Homeopathy di kalangan orang Melayu yang berminat, di merata-rata tempat termasuk di Singapura,
Kuala Lumpur dan Taiping.
Ramai diantara
penuntutnya menjadi sahabat karibnya dan ada diantara mereka ini yang masih lagi meneruskan usahanya dengan mengadakan kuliah-kuliah
mengajar Homeopathy seperti Prof. Dr. Haji Mohamed Bin Yacob, Allahyarham Prof. Dr. Dali Muin, Allahyarham Prof. Dr. Muhammad
Nor dan Dr. Abdul Rahman Bin Hashim. Hasil usaha Dr. Burhanuddin dan rakan-rakannya, Homeopathy menjadi semakin berkembang
di mana klinik-klinik Homeopathy mulai tumbuh di seluruh tanah air. Namun demikian perkembangannya berlaku secara senyap sahaja.
Kedudukkan Homeopathy
hanya mula di kenali pada awal tahun 80-an di mana ia mendapat sambutan masyarakat dari segenap golongan. Ceramah-ceramah
Homeopathy dapat disampaikan di sekolah, kolej, institute pengajian tinggi dan di agensi-agensi kerajaan. Begitu juga Homeopathy
mendapat tempat di media cetak dan media elektronik. Pada tahun 1960 telah tertubuhnya sebuah persatuan Homeopathy yang pertama
di Malaysia yang di kenali sebagai Persatuan Homeopathy Malaya, bagi memikirkan nasib, matlamat serta menggariskan perjuangan
untuk dekad-dekad akan datang.
Persatuan ini
didaftarkan secara rasminya pada tahun1961 di mana Prof. Dr. Burhanuddin menjadi presiden pertamanya. Banyak jasa-jasa yang
telah ditaburkan oleh Dr. Burhanuddin di antaranya menyuarakan isu-isu Homeopathy di parlimen semasa beliau menjadi ahli parlimen
bagi tahun 1959 – 1964. Suaranya yang lantang menyebabkan aktiviti mengembangkan Homeopathy berkembang ke seluruh negara.
Pada 25 Oktober
1969, Dr. Burhanuddin telah pulang ke rahmatullah setelah berjaya menaburkan banyak jasa-jasa kepada masyarakat, orang melayu,
Islam, politik tanahair dan merupakan pelopor kepada ilmu dan perkembangan Homeopathy di Malaysia. Tempat beliau di ambil
alih oleh Prof. Dr. Mohd Nor Nordin di mana pergerakkan itu semakin bertambah aktif dan bertambah banyak bilangan peminat
dan penyokongnya. Persatuan ini di ubah namanya kepada Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia ( PPHM ).
|