§ Imiginasi luarbiasa seperti merepek, tak
sedarkan diri, meracau dan imiginasikan nampak orang hitam dan hantu.
§ Pesakit kelihatan takut dan tertakut-takut kepada benda-benda
yang tidak kelihatan.
§ Berkelakuan tidak sopan, mendedahkan maruah dan pakaian.
§ Angan-angan, banyak fikiran merosakkan ingatan.
§ Keresahan dan gelisah.
§ Takutkan gelap, takut lampu padam, takut duduk dalam gelap.
§ Menangis sepanjang masa dan mudah menangis dalam semua
hal.
§ Dukacita dan takut mati.
§ Gilakan sesuatu macam nak gila dan hamper-hampir menjadi
gila.
§ Rasa buntu dan rasa bodoh, tidak boleh berfikir, pandangan
dan pemikiran berubah menjadi berlainan semua perkara kebiasaannya.
§ Khayalan (hallucinations), terpandangkan hantu, khayalan
terpandang benda-benda ganjil.
§ Histeria
§ Pesakit yang telah kehilangan harapan untuk sembuh atau
telah hilang kepercayaan untuk hidup.
§ Suka merajuk dan selalu penyedih.
§ Perempuan yang selalu dukacita dan gudah gulana.
§ Takut dan payah membuat keputusan.
§ Takut waktu petang dan takut tinggal seorang.
§ Sensitif, cepat marah dan tidak sabar.
§ Suka bertengkar dan cari gaduh.
§ Pendendam, ingin membunuh dan mencari salah.
§ Peminum arak, kuat merokok, menagih memakan ubat dalam
bentuk dadah.
§ Hidup berfoya-foya.
§ Tidak terkawal emosi dan perasaan marah melebihi batas.
§ Marah bila ditegur atau bila disalah kesalahannya.
§ Sensitif, ketua yang mudah tersinggung.
§ Ahli fakir yang banyak menggunakan pemikiran yang mendalam
seperti ahli penyelidik, ahli sains, pentadbir bank, juru akaun yang dibeban dengan tugas yang tak kehabisan.
§ Mudah terperanjat dan mudah marah, pembenci, garang dan
pembengis.
§ Masaalah tidak boleh tidur.
§ Selalu gemuruh (Nervous) dan wanita yang sensitive.
§ Watak mudah berubah, mudah bertukar keputusan atau keputusan
tidak menentu.
§ Orang yang begitu moody akibat tekanan perasaan yang berpanjangan,
berterusan, sambung menyambung dari satu kejadian, ditimpa lagi ibarat sesudah jatuh ditimpa tangga pula. Kemalangan demi
kemalangan, dugaan demi dugaan, tekanan fizikal yang teruk, di imbangi pula dengan tekanan perasaan.
§ Suka bersendirian dan tak mahu diganggu.
§ Merajuk sebab salah diri sendiri.
§ Fikiran mengelamun berfikir hal yang tidak menentu akibat
salah sendiri, akibat mudah tersinggung.
§ Watak yang payah di fahami, sulit di dekati.
§ Watak yang begitu peramah, baik hati waktu sihat tetapi
mudah sangat tersinggung walaupun perkara yang begitu kecil.
§ Kanak-kanak tidak boleh ditegur, walaupun teguran sebagai
pengajaran.Bila ditegur dia mula membuat hal, mula menunjukkan belangnya, merajuk, mengamuk, membaling botol susu, membaling
bantal, membuang apa saja yang berada di tangan hingga tidak terkawal.
§ Pasangan suami isteri menjadi SAKIT akibat penyesalan
kata-kata, penyesalan suami, isteri merana, sakit.
§ Sakit akibat berita buruk, menyedihkan, menyinggung perasaan,
akibat sindiran, kekasaran anak cucu, datuk dan nenek.
§ Remuk hati tidak mahu makan dan minum, terus sakit berpanjangan.
§ Emosi, cemburu, putus cinta, susah hati akibat putus cinta.
§ Gagal dalam hidup, gagal dalam peperiksaan dan gagal dalam
perniagaan. Terkejut akibat kegagalan.
§ Rosak mental dan jiwa. Bercakap berterusan melompat dari
satu topic ke topic yang lain. Menukar-nukar cerita. Percakapan sambung menyambung, berbelit-belit macam ular.
§ Gila sembahyang, gila berdoa, berlagak warak, bertukar
cara pakaian macam tokoh agama yang warak.
§ Cemburu dan prasangka tanpa sebab dan alasan.
§ Mimpikan ular, mimpikan dirinya mati, mimpikan dirinya
mati dan dibawa dalam keranda ke kubur.
§ Kepala dan pemikiran: selalunya gila seks. Ingin seks
berlebihan.
§ Perasaan jemu hidup. Hendak mati dan hati kecil sentiasa
hendak bunuh diri.
§ Hidup dirasakan sebagai beban berat kepadanya.
§ Fikiran dan emosi sebab putus cinta, gagal cinta, dukacita
dan merana perasaan. Merasakan masa depannya gelap dan tak ada tempatnya lagi di dunia.
§ Merasa diri berdosa.. Dosanya tak akan di ampun tuhan.
Merasakan telah banyak membuat dosa. Merasakan dirinya disingkirkan masyarakat. Rasa rendah diri.
§ Mudah rasa tak puashati. Membuat pertanyaan bertubi-tubi.
Soal yang tak putus-putus tanpa menunggu jawapan.
§ Watak berlaku sombong, membesar diri. Merasa dirinya besar.Memandang
orang lain lebih rendah darinya.
§ Ilusi penciuman, terbau-baukan benda yang tidak wujud.
§ Ilusikan terasakan dirinya berdua atau ilusikan ada orang
lain mengekorinya.
§ Kanak-kanak yang lembab belajar, penangkapan dan daya
kefahamannya lemah.Kelemahan otaknya tak boleh berfikir, tak boleh menerima pelajaran, tak boleh faham dan tak dapat memberikan
perhatian dalam satu-satu mata pelajaran.
§ Merasakan ada benda hidup dan lembaga lain dalam diri.
§ Imiginasikan roh dan jasadnya berpisah dan imiginasikan
ada orang duduk disebelahnya.
§ Ingatan lemah. Menulis selalu salah ejaan dan payah dapat
memusatkan fikiran.
§ Hilang ingatan, tak dapat mengingat nama buku, nama orang,
kawan-kawan, nama tempat. Tak boleh ingat angka dan pengiraan. Payah mengira dan membuat kira-kira.
Dan banyak lagi simptom-simptom penyakit yang melibatkan minda, jiwa, tingkahlaku, sikap dan kerohanian
yang boleh dirawat dengan kaedah Homeopathy.
Untuk mendapatkan keterangan
atau sebarang pertanyaan sila hubungi:
Dr.(H) Zaini Bin Ramli APHom PHom
MDHom (MAhM/USU)
Corporate Member Of The Homeopathic Medical Association Of Malaysia