Mengenali Ubat Homeopathy
Perubatan Homeopathy adalah berlainan
benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan
penyakit itu dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atas undang-undang tabi’i atau natural
law yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.
Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau
memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai
yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih,
mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi
dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasaalah.
Bagaimana Ubat Homeopathy Bertindak?
Masyarakat hari ini sentiasa menganggap bahawa sesuatu yang pahit itu biasanya ubat. Tetapi hakikatnya,
tidak semua ubat itu pahit. Dalam perubatan Homeopathy, ubat-ubat yang lumrahnya disebut penawar kebanyakannya rasa manis.Kalau
diperhatikan betul-betul, kita dapati hampir 99 % ubat Homeopathy terdiri dari ubat-ubat yang manis dan mesti dimakan secara
hisap, kemam, kunyah atau digigit.
Tentang
penawar yang manis ini, dinyatakan dalam al-Quran, maksudnya: “Dari perut lebah
itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir….” (an-Nahl, 69)
Setelah
satu-satu ubat atau remedy di makan oleh pesakit, sudah pasti ubat-ubat itu akan bertindak bekerja di dalam badan orang yang
memakannya. Sepertimana satu benih yang ditaburkan ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dengan baiknya. Begitu juga jika
seseorang memakan satu-satu ubat, ubat itu sudah pasti akan bertindak memberi tenaga penyembuhan kepada VITAL FORCE atau KUASA HAYAT.
Setiap
ubat Homeopathy, wajib dipotensised supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Setiap
satu ubat Homeopathy mengandungi tidak lebih dari 0.0000000000000001mg kandungan bahan aktif ubat atau lebih
dikenali sebagai 10_60. Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa (allopathy) yang menyatakan bahawa ukuran
ubat Homeopathy dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor Homeopathy telah membuktikan
bahawa kaedah ukuran ubat dalam Homeopathy memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni,
dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 250 tahun yang silam.
Kenapakah Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan?
Sebabnya
amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus,
sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.
Mengikut
teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi
ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air sulin dalam nisbah
1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air sulin ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya
1 centicemal potensi.
Untuk
dijadikan 2 c potensi, hendaklah diambil 1 titik ubat yang telah dilarut tadi dan dicampurkan pula dengan 99 titik air sulin
dan digoncang sebanyak 100 kali untuk dijadikan 2 c potensi. Begitulah seterusnya sehingga tercapainya 30c potensi atau 200
c potensi.
Sebab
terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy, tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh
atau kopi kerana dikhuatiti ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki
makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf
dibawah lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.
Benarkah Ubat Homeopathy Lambat Bertindak?
Tidak
benar ! Sebenarnya ubat Homeopati cepat bertindak atas sesseorang pesakit, jika ubat yang diberikan itu
sesuai dan serasi dengan pesakit.
Contohnya
jika pesakit datang dengan aduan penyakit akiut seperti muntah-muntah atau cirit-birit, sakit mata, sakit perut, jika diberi
ubat-ubat Homeopati yang serasi, pesakit akan merasa lega dalam tempuh beberapa minit sahaja.
Yang
menjadi masalah, ialah penyakit kronik, dimana pesakit mengalami masalah penyakit yang sudah lama, sampai ada yang mengalaminya
sejak 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun. Mereka dah berubat dimerata tempat dan berjumpa dengan banyak specialist tetapi tidak
juga baik. Mereka datang kepada Homeopathy dan mencuba ubat-ubat Homeopathy, tetapi bila dimakan dalam 2 hingga 3 minggu,
mereka sudah menyatakan tidak ada apa-apa penyembuhan. Masa kan penyembuhan begitu pantas ? Sedang penyakit
sudah dialami sejak 10 tahun.
Biasanya
doktor Homeopathy hanya meminta sabar dan meneruskan makan ubat-ubatan Homeopathy selama 6 bulan atau 1 tahun, barulah ada
penyembuhan. Tetapi mereka kata tempuh begitu sangat lama. Tetapi jika dibandingkan dengan penderitaan dengan penyembuhan
dalam rawatan Homeopathy ternyata - rawatan Homeopathy memang cepat bertindak, nisbah masa kesakitan dan masa berubat. Ini
membuktikan bahawa rawatan Homeopathy jauh lebih baik dan cepat berhasil dari rawatan lain. Kalau dipakai ratio, nisbahnya
1 : 11. Begitu juga penyakit gastrik, pepptik ulser dan sebagainya.
Rawatan Homeopathy Dan Tenaga Hayat/Vital Force
Dalam
pengajian Homeopathy, kita menekankan penyembuhan kepada akar umbi penyakit. yang sakit itu manusia, maka Homeopathy harus
mencari punca penyakit dan cuba sedaya upaya membetulkan keganjilan perimbangan pada tubuh badan manusia
yang ditunjukkan melalui tanda-tanda kesakitan. Jika punya penyakit sudah dijumpai, ubat Homeopathy yang serasi harus diberikan
sepada pesakit tersebut agar ianya mengembalikan tenaga hayat yang terhakis dalam badan yang dikenali sebagai penyakit.
Dalam
Homeopathy penyakit , bukanlah apa-apa, melainkan, ianya adalah gangguan tenaga hayat atau tenaga hayat yang tidak stabil,
maka timbulah apa yang dikenali sebagi penyakit. Ubat-ubat Homeopathy yang halus dan berseni amat sesuai diserap dalam badan
manusia yang lemah agar ia cepat segar dan sihat.
Arah penyembuhan Penyakit / Direction Of Cure
Dalam
Homeopathy, setiap doktor harus memahami bagaimana ubat bertindak dan bagaimana penyakit keluar dari badan. Asas teori penyembuhan
dalam Homeopathy ialah: Dari Atas Kebawah, Dari Dalam Keluar, Dari Organ Penting Kepada Organ Kurang Penting, Dari Kanan Ke
Kiri. Sebarang ubat-ubat sapu tidak boleh digunakan dalam Homeopathy kerana ia boleh memendapkan penyakit kedalam.
Ubat Homeopathy Tiada Unsur Racun
Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama
selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa.Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahun
atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa.
Sejarah Homeopathy bermula apabila ia
diasaskan oleh Dr Samuel Hanemann dari Jerman pada 1810.
"Jadi, perbezaan
utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya
hanya menggunakan bahan semula jadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan, " katanya.
Selepas diperkenalkan, perubatan Homeopathy
terus berkembang dengan meluas di Amerika Syarikat, Eropah, Amerika Latin dan Perancis. Di Asia, India dan Pakistan, perubatan
Homeopathy turut diamalkan secara meluas kerana ia mampu menyembuhkan penyakit kronik yang sukar dipulehkan melalui perubatan
lain atau allopati.
Di Malaysia, Homeopathy
mula diperkenalkan oleh tokoh nasionalis Melayu Dr Buhanuddin Helmy pada tahun 40'an, namun amalannya lebih
bersifat kecil-kecilan dan tidak meluas.
Disebabkan bahan untuk membuat ubat
Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.
Keistimewaan Ubat Homeopathy
§ Ubat Homeopathy lembut dan mesra alam, ia tidak mempunyai sebarang unsur racun kerana sudah dibuang
melalui satu proses yang dinamakan 'potentisation'.
§ Tablet yang digunakan diperbuat daripada susu kambing dan glukosa. Jadi, ia manis dan boleh dimakan
begitu sahaja seperti gula-gula. Ia tidak pahit seperti ubat biasa yang mengandungi kandungan dadah yang tinggi.
Kelebihan Rawatan Kaedah Homeopathy
- Homeopathy Berasaskan Kesembuhan Secara Natural
- Tiada Kesan Sampingan
- Tiada Dadah Dan Overdose
- Tiada Steroid
- Tiada Bahan Kimia
- Sangat Berkesan Dan Selamat Digunakan
- Penjimatan Dan Mudah Digunakan
- Mesra Alam
Perkembangan Rawatan Homeopathy Terkini
Kesedaran
dan minat dunia untuk kembali ke pangkuan Homeopathy merupakan fenomenon terbaru
dan bermula hanya di tahun-tahun 1970an. Antara faktor-faktor yang membawa kepada perubahan
ini ialah:
v Kesedaran yang meningkat di kalangan masyarakat terhadap keupayaan ubat-ubat alopati,
ketagihan dan kesan sampingannya.
v Kemunculan penyakit-penyakit baru yang menambah jumlah penyakit yang tidak dapat
ditangani.
v Kos ubat-ubatan dan rawatan konvensional yang semakin meningkat.
v Keprihatinan masyarakat terhadap pemakanan, latihan jasmani dan pencegahan.
v Penggunaan binatang dalam kajian dan
penyelidikan perubatan moden.
v kecenderungan masyarakat kembali kepada kesihatan tabii.
v Keinginan individu kepada perhatian dan mendapat rawatan secara holistik.
Dengan kesedaran itu, tepatlah seperti kata-kata yang pernah disebutkan
oleh Dr. Hahnemann tentang tugas seorang perawat, iaitu: “setinggi-tinggi
dan satu-satunya tugas seorang doktor itu ialah mengembalikan orang-orang yang sakit kepada sihat.”
Justeru Rasulullah SAW turut bersabda:
“Berubatlah kamu, kerana Allah tidak menaruh sesuatu penyakit melainkan menyediakan
ubatnya, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua.”